KUALA LUMPUR: Cadangan menjadikan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) sebagai alternatif pengimport beras serta pengeluar beras putih tempatan akan dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) esok.
Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) NACCOL Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata penglibatan NAFAS secara langsung itu sebagai langkah mengimbangi harga beras selain memastikan keperluan beras putih tempatan mencukupi.
"NAFAS bersedia menjadi alternatif kepada pengimportan beras sekiranya Bernas (Padiberas Nasional Berhad) tidak bersedia untuk mendapatkan beras (import) yang lebih kompetitif (harga) untuk menampung keperluan beras tempatan.
"... penglibatan daripada awal bermula penyediaan tanah hingga pengeluaran dan pengedaran beras mampu dibuat NAFAS dan mereka bersedia untuk bersama-sama membantu kerajaan berdepan tekanan kartel seterusnya menjual beras pada harga yang munasabah dan stabil," katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.
Beliau berkata NAFAS menerusi peladang di peringkat kawasan dan negeri mempunyai kemampuan termasuk kemudahan fasiliti sedia ada seperti kilang, pusat membelian dan lesen pemborong bagi industri beras.
Syed Abu Hussin Hafiz berkata di pasaran terbuka di luar negara masih ada lagi pengeksport dari India, Pakistan, Kemboja dan Vietnam yang boleh menawarkan harga lebih kompetitif.
Selain itu katanya penglibatkan NAFAS juga dilihat sebagai langkah untuk membanteras kegiatan kartel yang cuba memanipulasi harga beras sekali gus menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup rakyat.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang sebelum ini mendedahkan terdapat kartel beras putih tempatan melibatkan empat hingga lima syarikat di negara ini yang dipercayai bertindak mengawal jual beli padi hingga berlaku kekurangan bekalan di pasaran serta peningkatan harga.
Menurutnya isu berkenaan juga akan dibincangkan mesyuarat NACCOL supaya kerajaan boleh mengambil tindakan serius terhadap syarikat terlibat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024
Syed Abu Hussin Hafiz berkata di pasaran terbuka di luar negara masih ada lagi pengeksport dari India, Pakistan, Kemboja dan Vietnam yang boleh menawarkan harga lebih kompetitif. - Gambar fail/Sinar Harian
Tidak layak beraksi di UCL, Ten Hag dan pemain berdepan potongan gaji
Rancangan Man United untuk mengurangkan gaji pemain boleh menghalang peluang mereka untuk mengekalkan kapten pasukan Bruno Fernandes.
Sembunyi bawah katil elak ditahan Imigresen
Wanita itu antara 23 warga asing yang diberkas dalam operasi oleh Imigresen Perak bermula 11.50 malam hingga 2.30 pagi tadi.
Lima cedera, nahas empat kenderaan di LPT1
Kemalangan melibatkan kereta jenis Proton Saga, Honda City, Perodua Alza dan sebuah motosikal.
Alamak! Arsenal kempunan lagi!
Arsenal di bawah kendalian Mikel Arteta telah beraksi cemerlang sepanjang musim tetapi terpaksa menelan hempedu di penghujung jalan.
[LAPOR LANGSUNG] Dron Turki mungkin kesan tapak nahas helikopter
Dron berkenaan mengesan satu kawasan di Wilayah Azerbaijan Timur yang mengeluarkan haba.
Niaga AWANI: Perspektif Pelaburan: Dari angka KDNK ke angka pasaran
Lanskap ekonomi Malaysia dalam suku pertama tahun 2024 telah ditandai dengan prestasi yang kukuh, melebihi jangkaan dengan pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.2%. Bagaimana data ekonomi ini dapat diterjemahkan dan digunakan dalam pasaran modal?
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Data & Statistik: 4.2% KDNK suku pertama 2024, melebihi sasaran
Bank Negara Malaysia memaklumkan, semua sektor ekonomi berkembang positif dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia disumbang terutamanya oleh sektor perkhidmatan (59.3%), pembuatan (23.1%) dan pembinaan (3.9%).
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Hala tuju baharu tiga agensi Bumiputera kementerian ekonomi
Tiga agensi mandat Bumiputera di bawah Kementerian Ekonomi iaitu Yayasan Peneraju, TERAJU dan Ekuinas akan mengumumkan program-program khusus yang dibuka kepada bakat-bakat niagawan Bumiputera untuk mencapai anjakan sekali gus menskalakan agenda penciptaan nilai Bumiputera ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Dron Turki mungkin kesan tapak nahas helikopter, 73 pasukan SAR dikerah
Persatuan Bulan Sabit Merah Iran memaklumkan, tapak nahas berkenaan dikesan dron milik Turki.
Niaga AWANI: Sentimen pengguna lemah, reformasi ekonomi perlu lebih strategik?
Apakah impikasi jangka panjang sekiranya sentimen atau keyakinan pengguna terus melemah dan apakah langkah reformasi yang perlu dilakukan? Kupasan bersama Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
NAFAS komited bantu kerajaan tangani isu bekalan beras putih tempatan
Zamri berkata NAFAS mampu untuk terlibat secara langsung dalam rantaian pembekalan beras negara.
NAFAS sebagai pengimport beras alternatif, dibincang dalam mesyuarat NACCOL esok
Cadangan menjadikan NAFAS sebagai alternatif pengimport beras serta pengeluar beras putih tempatan akan dibentangkan dalam mesyuarat NACCOL esok.
NAFAS mampu bantu jamin bekalan ayam pedaging seluruh negara - Mohamad Sabu
Mohamad Sabu berkata walaupun jumlah berkenaan tidak besar, ia dilihat dapat membantu pengusaha kecil-kecilan yang terlibat dalam sektor itu.
KPKM yakin keupayaan NAFAS bekalkan baja subsidi kepada petani
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin dengan keupayaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), untuk membekalkan baja bersubsidi kepada kepada petani di seluruh negara.
Pertubuhan Peladang diwartakan sebagai badan awam di bawah Akta SPRM
Ia seiring pewartaan Pertubuhan Peladang sebagai Badan Awam di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang berkuat kuasa 22 Mei.
Muhammad Faris Arriffin dilantik Pengurus Besar baharu NAFAS
NAFAS melantik Muhammad Faris Arriffin sebagai Pengurus Besar baharu, berkuat kuasa semalam.
IBR: Bukti komitmen warga peladang perangi rasuah
Ikrar Bebas Rasuah yang dilakukan warga kerja Pertubuhan Peladang Kebangsaan, merupakan antara usaha organisasi itu dalam meningkatkan integriti dan menzahirkan komitmen mereka untuk bebas rasuah.
Sekuriti makanan: ANGKASA dan NAFAS terajui ternakan ayam daging negara
ANGKASA dan NAFAS akan menerajui bidang penternakan ayam sebagai menjamin sekuriti makanan negara.
NAFAS, ANGKASA usahakan tanaman jagung bijirin seluas 16,000 hektar - Ismail Sabri
Langkah pro-aktif itu dijangka dapat mengurangkan kebergantungan negara terhadap keperluan import bahan mentah khususnya jagung bijirin sebagai makanan ternakan ayam.
Bantuan RM200 kepada pesawah untuk enam bulan sementara tunggu hasil tuaian - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju memberi bantuan bulanan RM200 untuk enam bulan kepada pesawah sementara menunggu hasil tuaian.